Thursday, February 23, 2012

teriak kan rasa hati..
jerit kuat kuat..
biar orang tahu..

Tuesday, February 21, 2012

hipokritkah kita
bila kita senyum; hakikatnya sedih
bila kita ketawa; hakikatnya menangis
bila kita diam; hakikatnya berteriak
bila kita tenang; hakikatnya bercelaru
bila kita ego tiada; hakikatnya egois
bila kita itu; hakikatnya ini

hipokritkah kita
bila niat kita satu
suci
murni
hendak menjaga hati
walau hati sendiri..
ah..peduli..
mungkin tiada siapa peduli..
*diam*

Monday, February 20, 2012

di satu sudut duduk seorang lelaki
menantikan miliknya kembali
menanti entah sampai bila
sendiri tidak pasti..
dia duduk menghitung jari..
mengira hari
satu..dua..tiga..empat..
lima..enam..
setiap hari yang berlalu
dingin yang terasa
namun tidak berganjak dia dari situ
terus tunggu dan tunggu
bertemankan sepi..
sunyi..
diam..
malas layan..diam
tak nak sakit hati..diam
tak nak menyakiti..diam
nak marah..diam
senang bukan..
diam diam diam diam..
dan terus diam..
ahhh..
diamlah..
menjaga hati
hati dijaga
terjaga hati
serba salah
masing-masing
dia begitu
aku pun sama
susah bukan
jaga hatinya manusia
ada perasaan
bisa sakit
bisa terguris
tiada nampak
namun pedih..

Sunday, February 19, 2012

salah

bila asyik serba salah..
serba serbi salah..
entah siapa yang nak dipersalah..
kelak takut tersalah..
konklusinya salahkan diri..

*depan laptop| jiwa kusut| otak serabut

manakah duniaku itu hari

di situ pernah aku berdiri..
berdiri dgn kaki sendiri..
ku di kelilingi umat misteri..
umat yg asyik kelahi..
umat yg suka menzalimi..
umat yg kurang memberi..
umat yg penuh korupsi
umah yg penuh kontroversi..
adakah begini duniaku kini..
yg kita sendiri tidak pasti..

manakah duniaku itu hari..
yg umatnya penuh tolenrasi..
yg umatnya sering berdiskusi..
yg umatnya hormat menghormati..
tanpa ada dendam di hati..

aku tidak mahu lagi..
melihat umat diperangi..
melihat umat gelimpangan mati..
melihat umat yg dizalimi..
melihat umat menangisi..
melihat umat hanya mendiamkn diri..

kita kuat kn jati diri..
kita semat dalam hati..
kita muhasabah diri..
biar semua kita mengerti..
kita semua bukan hakiki..
kita ini milik Ilahi..

*di restoran mamak| karya lama

m a l a n g

pernah seorang dilahirkan bersama malang...
lalu ia tidak punya apa-apa..
melainkan malang belakanya..
ia cuba dapat semuanya..
tanpa malang
ia gembira..tertawa riang,
senyum terus terukir.
suatu hari ia menatap langit,
maka ia tersedar bahawa ia seorang yang malang
tersentak..sayu,
lalu ia menjanakan diri dalam dirinya,
menyembunyikan perasaan dalam perasaannya,
dan ia rasa ia tidak punya apa-apa...
dan ia rasa perlu bersedia...
untuk merelakan kehilangan semuanya
melainkan malang
supaya tidak tersentak,
kerana ia seorang malang,
seorang pengemis dalam dirinya
seorang pegemis kepada semuanya...
melainkan malang...!!

*tulisan lama

k e i n g i n a n

aku juga mahu menulis seperti mereka yang aku minati..